Kehidupan peribadi Jiggy Masin

Jiggy Masin menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang pelakon dan pengacara Elly Arifin pada September 2016 setelah hampir 7 tahun menjalin hubungan cinta bersama. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 4 tahun sahaja apabila pada mereka telahpun disahkan bercerai pada Januari 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor. Bagaimanapun mereka berdua bertindak enggan mengulas lebih lanjut akan punca utama sebab penceraian mereka tersebut kepada pihak media. [1]